Friday 15 June 2012

pantun..

definasi pantun..
.Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang di dalamnya terserlah kehalusan budi dan ketajaman fikiran. Kekayaan khazanah pantun Melayu diwarnai oleh sekumpulan pantun yang sungguh istimewa dan unik serta mewakili peri ketinggian daya pemikiran dan kehalusan bahasa Melayu. Pantun tersebut sentiasa segar dalam hafalan masyarakat Melayu, diingati generasi demi generasi, malahan berterusan hingga ke hari ini sebagai khazanah pantun klasik Melayu. Pantun klasik juga didefinisikan juga sebagai Pantun Istana berdasarkan takrifan yang diberikan oleh saya sendiri.
Contoh:

Kayu mempoyan kulitnya manis
Patah galah dalam paya
Laku perempuan mulutnya manis
Cakap sepatah jangan percaya

Ciri-ciri pantun yang berbagai-bagai dapat dibincangkan dari dua aspek yang penting, iaitu aspek luaran dan dalaman. Aspek luaran pantun terdiri dari segi struktur dan ciri-ciri visual. Pantun terdiri daripada rangkap-rangkap yang berasingan. Setiap rangkap terhasil daripada baris-baris yang sejajar dan berpasangan. Setiap baris mempunyai empat dasar manakala jumlah sukukata pada sebaris ialah lapan hingga sepuluh sukukata. Setiap rangkap mempunyai pembayang dan maksud dengan rima a,b,a,b. Selain daripada rima, asonansi juga merupakan aspek yang dominan dalam pembentukan